Barcelona merekodkan hasil terbanyak, €708 juta (RM3.5 bilion), dalam tahun kewangan 2016-17, menurut set keputusan terkini kewangan mereka.
Jurucakap kelab, Josep Vives, berkata dalam sidang media bahawa €13 juta (RM64 juta) adalah keuntungan lebih daripada angka yang disasarkan oleh Barca.
Pada akhir tempoh 12 bulan, Barcelona mencatatkan keuntungan sebanyak €18 juta (RM89 juta) selepas cukai, sementara hutang telah dikurangkan sebanyak €24.5 juta (RM121 juta) kepada €247 juta (RM1.22 bilion).
Angka itu melebihi pendapatan Barcelona sebanyak €679 juta (RM3.35 bilion) untuk tahun sebelumnya, dengan pembaharuan kontrak penajaan selama empat tahun di antara kelab dan Qatar Airways menambahkan lagi dana mereka.
Peruncit internet Jepun, Rakuten, memulakan perjanjian tajaan baju selama empat tahun dengan Barca bulan ini yang bernilai €55 juta (RM272 juta) setiap musim untuk gergasi LaLiga itu.
Sebaliknya, Real Madrid melaporkan pendapatan €620 juta (RM3 bilion) pada Oktober lalu tetapi angka itu tidak termasuk wang yang dibawa daripada penjualan pemain seperti yang dilakukan Barcelona.