Barcelona perlu mencari formula dalam menawarkan kontrak lanjutan lumayan kepada Lionel Messi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Barcelona, Oscar Grau.
Kontrak semasa Messi di Nou Camp akan berakhir pada Jun 2018 dan pada bulan lalu, Presiden Kelab, Josep Maria Bartomeu, berkata pemain berusia 29 tahun itu patut menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di dunia.
Bagaimanapun, peraturan LaLiga mengehadkan bajet setiap kelab dalam soal gaji -- dengan Luis Suarez dan Neymar baru-baru ini bersetuju untuk kekal sehingga 2021.
Grau, bagaimanapun, mahu perbincangan itu dilangsungkan dengan 'tenang dan masuk akal' kerana berpendapat ia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor.
"Kami berusaha keras untuk melanjutkan kontrak Messi," katanya kepada wartawan di Barcelona.
"Kami mahu memuktamadkannya dan saya pasti kami akan menemui formula. Dengan itu, saya mahu mengesahkan kepada peminat buat sekian kalinya kerana apabila anda mempunyai pemain terbaik, adalah tidak bijak untuk membiarkannya pergi.
"Kami hanya perlu menilainya dengan tenang dan masuk akal.
"Barca tidak boleh membelanjakan 70 peratus bajet ke atas gaji, untuk itu kami perlu mengimbangi beberapa perkara.
"Salah satu pilihan kami adalah dengan meningkatkan hasil pendapatan seperti yang kami harapkan menerusi pelan strategik (membawa masuk pendapatan tahunan berjumlah EUR1 billion pada 2021).
"Kami mahu mengekalkan pemain terbaik tapi kami perlu meletakkan keutamaan terlebih dahulu. Objektif kami adalah untuk mengekalkan pemain terbaik dunia di Barcelona, apatah lagi mereka yang dilahirkan di La Masia di mana saya fikir mereka harus bersara di sini."
Barcelona dikaitkan dengan bek kanan Shakhtar Donetsk, Darijo Srna, ketika jendela perpindahan Januari, sementara pemain tengah, Ivan Rakitic, dikaitkan ke Manchester City hujung minggu lalu ekoran semakin kerap dipinggirkan dalam kesebelasan utama Luis Enrique.
Bagi memberi kestabilan kepada skuad itu, Grau menambah tiada pemain baru akan dipancing ketika ini melainkan ada pemain yang akan berhijrah.
"Kami melaksanakan sesuatu dengan budi bicara sambil mengekalkan bajet kami.
"Jika tiada pemain yang keluar, tiada yang akan masuk. Jika terdapat sebarang peluang, kami akan membuat penilaian."