Barcelona dan Manchester United boleh bermegah dengan jumlah penonton yang terbesar sambil kadar kehadiran untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan meningkat di seluruh Eropah musim lalu.
Menurut Laporan Penanda Aras Pelesenan Kelab, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), jumlah kehadiran keseluruhan Barca pada 2015-16 adalah 1.5 juta orang, mengatasi United, yang mendapat 1.43 juta penonton.
Kelab gergasi Bundesliga, Borussia Dortmund, bagaimanapun, mengatasi kedua-dua kelab dari segi purata kehadiran, dengan 81,178 penonton di Signal Iduna Park di sebalik Bundesliga adalah saingan 18 kelab berbanding saingan 20 kelab, yang menyumbang kepada jumlah keseluruhan 1.38 juta penonton di tempat ketiga.
Ketiga-tiga kelab berkenaan meraih kehadiran jumlah penonton lebih besar daripada Real Madrid, yang menarik purata 71,280 penonton ke Santiago Bernabeu dan keseluruhan 1.35 juta orang dalam musim yang menyaksikan kelab itu ditabalkan selaku juara Eropah buat kali ke-11.
Pasukan musuh ketat Dortmund, Bayern Munich, melengkapkan kedudukan lima teratas dengan purata 75,000 penonton dan keseluruhan 1.275 juta orang ke Allianz Arena.
Pembesaran Stadium Etihad pula membantu Manchester City merekodkan peningkatan terbesar dari segi purata kehadiran penonton di Eropah -- 54,041 penonton berbanding 45,365 dalam kempen 2014-15.
Jumlah kehadiran keseluruhan penonton City melepasi paras sejuta orang, meletakkan mereka di tangga kelapan keseluruhan, satu tangga di atas Newcastle United.
Keseluruhannya, lebih 170 juta penonton menghadiri perlawanan-perlawanan liga Eropah pada 2015-16, dengan 55 juta di England dan Jerman sahaja.
Ini menandakan peningkatan 2.6 juta penonton musim lalu pada ketika 14 liga mencapai kehadiran terbaik mereka untuk tempoh lebih satu dekad.
Bundesliga, Liga Perdana dan LaLiga tersenarai dalam kelompok 20 teratas dari segi kehadiran untuk semua acara sukan di seluruh dunia.
Piala Dunia adalah catatan tertinggi bola sepak di tempat ketiga di belakang Kejohanan Ragbi Enam Negara dan NFL di Amerika Syarikat.