Luis Enrique mengakui Barcelona tidak cukup konsisten untuk memenangi LaLiga selepas menyerahkan gelaran itu kepada musuh ketatnya, Real Madrid.
Barca bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Eibar 4-2 awal pagi tadi tetapi kemenangan itu tidak bermakna apabila Madrid menewaskan Malaga 2-0 untuk merangkul trofi buat kali pertama sejak 2012.
Perlawanan akhir Copa del Rey pada Sabtu ini kini satu-satunya peluang Barca untuk meraih kejayaan dalam musim terakhir di bawah bimbingan Enrique, dengan kelab Catalan itu telah tersingkir dalam suku akhir Liga Juara-Juara.
Enrique memberitahu pemberita: "Kami segera pulih selepas permulaan sukar dalam beberapa minit dan hakikatnya kami tidak cukup konsisten untuk memenangi LaLiga, terutama dalam perlawanan di laman sendiri dan akhirnya kami membayar harganya.
"Saya rasa pasukan telah melakukan dengan baik sepanjang musim ini tetapi malangnya garisan di antara kekalahan dan kemenangan adalah sangat kecil. Saya harap kami boleh mengekalkan gelaran tetapi sekarang kami ada pesaing yang mahukan perkara sama dan telah mencapai tahap kami . "
Dengan kejayaan Real, dia berkata: "Apabila anda menang LaLiga, anda adalah pemenang yang betul. Kami tahu di mana kami gagal, tetapi itu adalah persaingan di atas."
Setelah memenangi 'treble' pada 2014/15, era Enrique akan diingati, tetapi dia berkata: "Saya tidak mengambil berat tentangnya (legasi), saya hanya akan menjaga perasaan pemain, kelab dan penyokong terhadap saya. "
Ditanya mengenai adakah pasukannya lebih baik berbanding sebelum dia mengambil alih, Enrique menjawab: "Sepanjang tiga tahun, kami cuba berkembang dengan membawa pemain ini ke atas dan terus bermain bola sepak."
Barca akan menjadi pasukan pilihan untuk menjulang Copa del Rey menentang skuad Alaves yang menduduki tempat kesembilan dalam LaLiga.
Tetapi Enrique percaya kesukaran menewaskan Eibar harus menjadi pengajaran untuk mengelak rasa puas hati.
"Kami tidak harus lupa bahawa Eibar telah membuat perkara menjadi sangat rumit," katanya. "Jadi Alaves juga boleh melakukannya."