Pengarah teknikal Kelantan, Alfredo Gonzales, menyalahkan pelbagai faktor luaran, termasuk ketiadaan padang yang sesuai untuk menjalani latihan sepanjang bulan Ramadan, sebagai punca utama The Red Warriors (TRW) kalah 2-0 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam tadi.
Mengakui persembahan anak buahnya kurang meyakinkan, Gonzales menganggap itulah harga yang terpaksa dibayar akibat persiapan yang diganggu pelbagai masalah luaran.
“Sepanjang tempoh 37 hari (Liga Malaysia berehat), kami hanya mampu mengadakan dua sahaja perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi Sarawak di Kota Bharu.
“Selain itu, pasukan hanya mampu menjalani latihan selama empat malam di stadium dan faktor ini (ketiadaan tempat latihan) tentulah menjejaskan persiapan pasukan.
"Pemain juga banyak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dan kami terpaksa membayar dengan kekalahan ini,” katanya.
Gonzales, yang juga pengurus pasukan TRW, mempertahankan corak taktikal yang diamalkan pasukannya biarpun dikritik hebat penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan itu.
“Tidak ada sebarang masalah dengan taktikal pasukan kerana semua pemain sudah memahaminya. Saya tidak akan menangis (ekoran kekalahan ini) dan kami akan bangkit semula untuk perlawanan berikutnya,” katanya.
Sementara itu, dalam aksi yang ditangguhkan hampir 45 minit akibat cuaca kurang baik, Kelantan mengasak mencari gol pembukaan, namun Sarawak hampir di depan melalui rembatan kencang Milos Raickovic tetapi terus ke dakapan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat, pada minit kedua permainan.
Gol pembukaan Sarawak dijaringkan pertahanan import, Demerson Bruno Costa, melalui tandukan cantik hasil sepakan percuma yang diambil Tommy Mawat Bada pada minit ke-21 untuk menewaskan Khairul Fahmi.
Sarawak hampir menggandakan jaringan melalui rembatan kencang Abang Kamaruddin Abang Bohan tetapi terkena palang.
Serangan Sarawak terus menjadi dengan gol kedua dijaringkan penyerang, Mateo Roskam, yang bijak melakukan sungkitan menewaskan Khairul Fahmi pada minit ke-35.
Pada babak kedua, Kelantan memasukkan penyerang, Muhd Danial Asyraf Abdullah, menggantikan pertahanan kiri, Mohammad Ab. Aziz, bagi menambah kekuatan di barisan serangan.
Sepakan percuma kencang yang diambil Abang Kamaruddin berjaya ditepis keluar Khairul Fahmi untuk memberikan sepakan sudut pada minit ke-51.
Kapten Kelantan, Indera Putra Mahayuddin, melepaskan rembatan kencang namun tersasar dan melegakan Sarawak pada minit ke-75.
Asakan berterusan TRW gagal mencari gol, sebaliknya benteng Sarawak kukuh bertahan untuk membawa pulang tiga mata berharga dari Kota Bharu.