Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Balotelli perlukan motivasi baru -- Vieira

balotelli_1.jpg
Mario Balotelli memerlukan motivasi baru dan itulah sebabnya dia berkembang maju di Marseille selepas meninggalkan Nice, kata bekas jurulatihnya, Patrick Vieira.

Balotelli menyumbat 33 gol Ligue 1 dalam dua musim pertamanya di Nice tetapi dipinggirkan oleh pengurus baru, Vieira, ekoran masalah kecergasan dan kegagalannya menjaringkan gol dalam 10 penampilan liga, awal musim ini.

Perpindahan ke Marseille, Januari lalu mengembalikan Balotelli ke ke landasan tepat dalam kariernya yang menyaksikan pemain antarabangsa Itali berkenaan mencetak empat gol daripada enam perlawanan liga.

Balotelli telah menemui semula sentuhan berbisanya dan meraikan gol pembukaannya dalam kemenangan 2-0 ke atas Saint-Etienne hujung minggu lalu dengan menyiarkan rakamannya meraikan jaringan secara langsung di Instagram.

Dengan Balotelli akan menghadapi Nice buat pertama kalinya sejak meninggalkan kelab itu, Vieira bagaimanapun menyatakan dia tidak akan memberikan perhatian khusus kepada penggempur berkenaan, awal pagi Isnin ini. 

"Kita semua mempunyai pendapat masing-masing tentang Mario," kata Vieira kepada wartawan. "Seperti Maxime Lopez atau pemain Marseille yang lain, kami tidak terlalu mengambil pusing.

"Dia melakukan tugasnya dengan baik untuk Marseille dan itu membuktikan dia memerlukan sumber motivasi lain dan mencari sesuatu yang lain.

"Pada mulanya, Mario ingin berhijrah, itulah matlamatnya asalnya. Selepas itu, dia mengubah fikirannya dan kami sangat gembira. Tetapi ia berubah, tidak seperti yang kami harapkan. 

"Kami tidak berjaya (memujuknya) dan dia memutuskan untuk pergi. Dia menghasilkan gol untuk Marseille, ia baik untuknya."

Balotelli telah mengutip dua kad kuning dalam empat penampilan, namun pengurus Marseille, Rudi Garcia, mempertahankan rekod disiplin penyerang itu dan memuji kematangan dan kecerdasannya.

"Mario memang sering mendapat kad kuning dalam perlawanan, kami mempunyai statistik tersebut," kata Garcia. "Saya fikir (sebelum dia tiba), dia memang bermasalah tetapi sebenarnya tidak.

"Adalah penting untuk memujinya apabila dia layak tetapi bukanlah berdasarkan reputasinya. Itulah yang penting. 

"Secara fizikalnya, dia kelihatan seperti seorang penjahat, dia dibenarkan mencabar lawannya secara sah. Pihak lawan juga tidak keberatan untuk menghambatnya dan sesekali mengganggunya secara fizikal dan secara lisan," ujarnya.

"Dia perlu bersikap tenang tetapi sejak menyertai kami, saya fikir dia melakukannya dengan baik. Dia layak meraih kad kuning di Dijon tetapi ketika menentang Rennes, ia tidak harus dilayangkan.

"Apabila dia tidak layak mendapat kad kuning, jangan berikan kepadanya. Kami tidak menghukum seorang pemain berdasarkan reputasinya.

"Saya dapati dia bersikap tenang, positif dan bijak -- di dalam dan di luar padang. Sesetengah pemain bertindak balas dengan lebih baik daripada yang lain apabila mereka berasakan mereka telah dianiaya.

"Dia telah mengharunginya dengan baik. Saya tidak boleh membandingkannya dengan kejadian sebelum ini tetapi kelibatnya mengejutkan saya apabila melihat kami menontonnya setiap hari di samping rakan sepasukannya."

Tambahnya: "Mereka memuat naik status di media sosial apabila menjaringkan gol, saya tidak akan menyatakan pendapat mengenai perkara itu kerana saya tidak mempunyai apa-apa untuk diulas. 

"Saya dari era yang lain. Dia gembira dan seseorang yang disenangi. Saya telah menonton wawancaranya dan saya gembira dengan caranya mengendalikannya. 

"Saya dapati dia seorang yang cerdas. Mario berfikir dan apa yang diperkatakannya mengenai isu sensitif, dia juga masuk akal."


 

Advertisement

Must Watch Video