Mario Balotelli telah menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Nice dalam Ligue 1 selepas dia membawa kelab itu ke Liga Juara-Juara Eropah.
Balotelli meledak 17 gol dalam 28 penampilan musim lalu untuk membantu Nice menamatkan musim di tangga ketiga.
Penyerang Itali itu mengikat kontrak 12 bulan, tahun lalu, selepas meninggalkan Liverpool dan Nice memberi bayangan pemain itu bakal ditawarkan gaji lebih rendah.
Bagaimanapun, tempoh kontrak baru itu masih belum didedahkan.
"Meskipun menerima pelbagai tawaran lain, Balotelli sanggup mengambil kira aspek kewangan untuk terus beraksi bersama kami," ujar Nice dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Pengendali Torino, Sinia Mihajlovic, sebelum ini meluahkan hasratnya untuk membawa bekas penyerang Inter dan AC Milan itu kembali ke Serie A.
Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu telah memilih untuk kekal di Perancis dengan berkata: "Ada sesiapa yang gembira dengan keputusan ini?"