Gareth Bale berkata dia tidak pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Real Madrid dan pemain Wales berkenaan sedia untuk berjuang demi kedudukannya dalam skuad juara Sepanyol dan Eropah itu.
Bale terus dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Madrid dan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, dilaporkan sedang memerhatikan situasi itu.
Masa depan pemain berusia 28 tahun itu dalam keraguan di sebalik Madrid berusaha untuk mendapatkan bintang Monaco, Kylian Mbappe, tetapi Bale tidak mahu meninggalkan penyandang juara LaLiga dan Liga Juara-Juara itu.
"Saya tidak fikir saya akan meninggalkan Madrid," kata Bale kepada Marca.
Bale -- dihalang oleh kecederaan pada 2016-17 -- menambah: "Saya tahu ia sukar untuk pulihkan kedudukan tetapi saya berada di Real Madrid untuk itu."
Pemain antarabangsa Wales itu menjaringkan sembilan gol menerusi 27 penampilan dalam semua pertandingan musim lalu.