Gareth Bale mengidamkan lebih banyak kejuaraan bersama Real Madrid musim depan bagi menamatkan sebarang khabar angin melibatkan dirinya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.
United dikhabarkan berminat untuk membawa bintang Wales itu kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi Jose Mourinho telah mengibaratkan sebarang ikhtir mendapatkan Bale sebagai "misi mustahil".
Bale kini memberikan fokus kepada saingan musim depan dan mahu menambah koleksi kejuaraan.
"Kami akan menyertai setiap kejohanan dan mahu memenangi semuanya.
"Real memiliki motivasi untuk melakukannya dan pemain-pemain bersedia memberikan yang terbaik untuk mencipta kemenangan."
United menewaskan Real menerusi penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di San Francisco, semalam.

Wonder play by Bale and Benzema! #RealMadrid #HalaMadrid #RMAMUN #ManchesterUnited #MUFC #RMA pic.twitter.com/srEEsTrweg
— ㅤ? (@fantastachi) July 23, 2017