Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, menegaskan beliau tidak akan membuang masa untuk mendapatkan Gareth Bale, namun menjelaskan ia adalah mustahil untuk menandatangani bintang Real Madrid itu.
Pemain kebangsaan Wales itu telah dikaitkan bakal menuju jalan keluar dari Real dan United dilihat sebagai pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Rakan sepasukan Bale, Cristiano Ronaldo, turut dilaporkan bakal meninggalkan pasukan tetapi Mourinho menyatakan pada minggu lalu bahawa sebarang ikhtiar untuk menandatangani bintang Portugal itu adalah mustahil.
Ditanya mengenai kebarangkalian Bale ke United, Mourinho menjawab, "Ya, ia juga adalah satu perkara yang mustahil.
"Saya berasakan Bale menggemari Real, sukakan cabaran dan situasi di sana.
"Saya tidak berasakan keinginannya untuk meninggalkan kelab itu, jadi mengapa perlu membazir masa dan tenaga kepadanya?"