Skip to main content

Bola Sepak

Bale gembira di Real -- Giggs

020118bale.jpg
Pengurus Wales, Ryan Giggs, menyatakan bahawa Gareth Bale gembira untuk kekal di Real Madrid dan tidak akan berhijrah untuk menyertai Manchester United.

Spekulasi mengenai Bale bakal meninggalkan Santiago Bernabeu untuk ke Old Trafford sentiasa menjadi perbualan sejak beberapa musim lalu, bagaimanapun ia gagal dimeterai kerana masalah kecederaan yang sering mengganggu pemain kebangsaan Wales itu.

Dia sekadar tampil dalam 10 perlawanan musim ini tetapi dilihat semakin menemui sentuhan terbaik selepas membantu pasukannya menundukkan Deportivo La Coruna  7-1, diikuti kemenangan 4-1 ke atas Valencia.

Giggs menjangkakan Bale akan kekal sebagai salah seorang pemain Zinedine Zidane untuk beberapa musim lagi.

"Dia gembira di Real Madrid dan mahu kekal di sana. Bale mengetahui bahawa jurulatih dan kelab menghormatinya dan dia mahu mempamerkan kebolehan sebenar," kata Giggs.

"Bale tidak memiliki sebarang niat untuk meninggalkan kelab dan Real tidak mahu menjual pemain," katanya.

Mengenai masalah kecederaan Bale, Giggs berkata, "Saya bermain lebih daripada 1,000 perlawanan dan tanpa mengurus diri saya dengan baik.

"Ia amat penting buat seseorang mengetahui sejauh mana dia mampu pergi. Pada awal karier saya, masalah hamstring menghimpit saya dan saya kerap diketepikan.

"Apa yang telah saya beritahu kepada Bale adalah supaya bertenang dan bersabar.

"Bale seorang pemain yang berkualiti dan berpengaruh buat Wales. 

"Dia memiliki kebolehan untuk menggugat barisan pertahanan lawan dan ia telah dipamerkan ketika bersama Real," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video