Manchester United tanpa tonggak pertahanan, Eric Bailly, ketika mereka berdepan Real Madrid dalam saingan Piala Super UEFA kerana digantung perlawanan.
Pertahanan kebangsaan Ivory Coast itu juga akan terlepas aksi pertama saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas UEFA mengesahkan Bailly digantung tiga perlawanan dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa (UEL) berdepan Celta Vigo.
Bailly dilayangkan kad merah di Old Trafford selepas berlakunya insiden pergaduhan di antaranya dan dua pemain Celta Vigo.
Pertahanan itu yang merupakan antara pemain yang konsisten selepas menyertai pasukan dari Villarreal, akan terlepas aksi bertemu Real di Skopje.
United menewaskan Real menerusi penentuan sepakan penalti di Santa Clara dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.