Skip to main content

Bola Sepak

Baddrol anggap kasut barunya bawa tuah

240117baddrol.jpg
Pemain tonggak Kedah, Baddrol Bakhtiar, menganggap kasut bolanya yang dipakai ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat lalu, memberi tuah apabila berjaya meledak gol cantik untuk membantu pasukannya menjulang Piala Sumbangsih.

Baddrol seolah-olah memberi 'nyawa' buat Kedah selepas menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.

Ia sememangnya satu gol menakjubkan daripada pemain kebangsaan itu walaupun terpaksa menggunakan kasut baru untuk perlawanan itu.

"Saya amat bersyukur dengan jaringan tersebut kerana ia telah membantu kami untuk memenangi Piala Sumbangsih. Bagi saya, kejayaan itu adalah rezeki anak saya," katanya.

Kedah menamatkan kemarau panjang memenangi Piala Sumbangsih selepas kali terakhir menjulangnya pada 1994 dan ia adalah satu pencapaian yang besar buat Baddrol yang sinonim dengan pasukan itu.

"Kemenangan ini amat bermakna buat kami. Ia adalah sesuatu yang diimpikan oleh pasukan Kedah dan penyokong-penyokong kami.

"Saya mengharapkan Kedah akan terus memberikan saingan sengit dalam Liga Malaysia musim ini dan berharap untuk mengekalkan kejuaraan kami."

Advertisement

Must Watch Video