Carlos Bacca terbuka untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) selepas AC Milan menandatangani penyerang Portugal, Andre Silva.
Milan menandatangani Silva dari Porto hari ini dengan kontrak yang mungkin mencecah €40 juta (RM191 juta).
Perkembangan itu menyaksikan Bacca seperti tidak akan berpindah ke San Siro walaupun pemain antarabangsa Colombia itu telah menjaringkan 31 gol Serie A dalam dua musim di kelab itu selepas berhijrah dari Sevilla pada 2015.
Ejen Bacca, Sergio Barila, tidak menolak kemungkinan pemain itu berpindah ke PSG apabila ditanya mengenai keadaannya.
Perpindahan lumayan ke Liga Super China atau Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bukan dalam agenda Bacca, dengan Piala Dunia di Russia tahun depan menjadi perhatiannya.
"PSG? Hari ini Ligue 1 adalah salah satu liga terbaik Eropah dan Bacca mahu terus berada di Eropah pada tahap yang baik," kata Barila kepada FootMercato.
"Dia pernah menerima tawaran dari luar Eropah tetapi dia memberitahu saya bahawa ia tidak menarik minatnya. Dia mengambil berat tentang skuad.
"Aspek ekonomi skuad bukan keutamaan baginya pada masa ini walaupun ada pasukan luar Eropah membuat pelaburan besar ketika ini.
"Kami tenang pada masa ini dan kami tidak bercakap tentang apa-apa dengan Milan buat masa sekarang.
"Dia ada di Milan. Jika kelab berasakan mereka memerlukan penyerang baru ... akan ada lebih banyak persaingan. Pasaran pemain baru sahaja bermula dan tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dalam musim panas yang panjang ini.
"Dia ditanya oleh beberapa kelab besar Eropah dan kami akan menilai segalanya secara senyap."