Selepas melakar kejutan dengan mengatasi Kedah Darul Aman FC, Kelantan FC dan Selangor FC dalam pusingan pertama Liga Super musim ini, PDRM FC kini lebih bernafsu dalam mengorak langkah dalam baki saingan.
Ketua jurulatih Sang Saka Biru, Azzmi Aziz, tidak menafikan bahawa dia memiliki beberapa hasrat yang mahu ditunaikan dalam baki 13 perlawanan dengan sasaran kejutan demi kejutan daripada pasukannya yang sering dilabel kerdil.
"Saya tidak perlukan pemain bintang dalam pasukan saya, saya perlukan pemain yang boleh bekerja dengan baik, sentiasa terbuka dengan perubahan.
"Pilihan pemain dalam skuad ini tidak seimbang. Kami terpaksa sentiasa mengubah formasi.
"Saya percaya pasukan ini boleh menjadi lebih baik dengan memanfaatkan peluang dalam beberapa perlawanan.
"Mungkin kami kehilangan 9 mata di situ tapi kami harap aksi kami akan lebih baik di depan pintu gol," katanya.
Jika berdasarkan rekod perlawanan, hasrat Azzmi itu bukan sekadar angan-angan kosong.
Malah, beberapa keputusan yang dirakam PDRM jelas menunjukkan mereka layak digelar sebagai pembunuh gergasi.
Demi merealisasikan hasrat itu, Azzmi mengharapkan sedikit perubahan membabitkan jentera serangannya mampu memberikan hasil yang lebih sempurna dalam jendela perpindahan kedua.
"Keutamaan saya adalah mencari penyerang yang lebih baik.
"Selepas 13 perlawanan, kami pastinya perlu banyak melancarkan serangan balas.
"Kalau ada seorang penyerang yang boleh memegang bola, itu lebih baik.
"Kami juga boleh bermain dengan seorang penyerang sahaja apabila bertemu pasukan stabil seperti JDT (Johor Darul Ta'zim)," katanya.