Pemain perseorangan nombor satu Denmark, Anders Antonsen, berhempas-pulas memerah tenaga untuk menewaskan pilihan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand, Kunlavut Vitidsarn, di Stadium Nimibutr semalam.
Untuk rekod, ini merupakan gelaran pertama Antonsen dan membawa pulang sebanyak USD37,500 (RM32,288.63) selepas beraksi selama 97 minit untuk mengejutkan wakil tuan rumah itu dalam perlawanan rubber set.
Kunlavut Vitidsarn yang menduduki ranking kedua dunia terlebih dahulu mendahului set pertama 21-9 sebelum pemain nombor tiga dunia itu bangkit menyamakan kedudukan menerusi aksi mendebarkan dalam set kedua 24-22.
TOYOTA Thailand Open 2026
MS - Final
9 24 21 🇩🇰Anders ANTONSEN🏅
21 22 18 🇹🇭Kunlavut VITIDSARN
🕚 in 97 minutes— BWFScore (@BWFScore) May 17, 2026
Antonsen mengambil peluang melebarkan rekod pertemuan apabila menutup final dengan kemenangan dramatik 21-18 untuk bergelar juara kejohanan bertaraf super 500 itu.
“Saya kehilangan kata-kata ketika ini. Ia sekali lagi satu pengalaman yang menakjubkan di gelanggang. Tahun lepas juga luar biasa, namun untuk meraih kemenangan tahun ini terasa amat hebat,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan semalam.