Kehangatan Piala Dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sudah mula dirasai!
Satu pengiktirafan besar apabila ada beberapa wakil buat kali pertama dalam sejarah pemain daripada Liga Super akan beraksi dalam kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.
Pemain import Terengganu, Gervane Kastaneer, mendapat panggilan kebangsaan tatkala Curacao negara terbaru akan bertanding buat kali pertama dalam sejarah Piala Dunia.
Bekas tonggak Persib Bandung itu terpilih dalam senarai akhir pasukan bimbingan Dick Advocaat yang diumumkan semalam.
Dari Liga Super ke Piala Dunia, penyerang import Terengganu Gervane Kastaneer sah berada dalam skuad akhir Curacao. 🏴🏳️@ASTROARENA https://t.co/1BPnkgBehG
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 18, 2026
Tinjauan di laman transfermarkt menyaksikan penyerang berusia 29 tahun itu menjaringkan sembilan gol buat Sang Penyu setakat ini.
Tidak dilupakan, berkemungkinan besar dua bintang utama Selangor, Noor Al-Rawabdeh dan Mohamad Abualnadi, juga berpotensi dipanggil oleh Jordan selepas berada dalam senarai awal 30 pemain.
Kedua-dua mereka konsisten dipilih mewakili skuad kebangsaan sebelum ini atas prestasi terbaik bersama Gergasi Merah, jadi tidak mustahili Rawabdeh dan Abualnadi sekali lagi menjadi sandaran utama naib juara Piala Asia 2023 itu.