Skip to main content

Bola Sepak

Azraai yakin Negeri Sembilan mampu bangkit

28218azraai.jpg
Azraai Khor Abdullah optimis mampu menjelmakan peningkatan segera buat Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super kerana mempercayai skuad Jang sebenarnya mempunyai kualiti yang secukupnya untuk sekurang-kurangnya menduduki tangga pertengahan liga.

Bagi Azraai, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah menyusun semula posisi pemain dalam kesebelasan utama pasukan bagi membentuk gandingan terbaik.

Azraai juga akan memberi peluang kepada kesemua awang import Negeri Sembilan untuk membuktikan kemampuan mereka.

"Saya yakin pemain-pemain tempatan yang berada dalam skuad ini mampu meningkatkan mutu permainan serta pemain import juga akan mampu mempamerkan persembahan terbaik,"
kata Azraai.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohammad Hassan, enggan memberi penjelasan terperinci sama ada persatuan itu mencapai kata sepakat dengan bekas pengendali negeri, Jorg Steinebrunner, mengenai penamatan khidmatnya.

Beliau hanya berkata pengendali kelahiran Jerman itu melepaskan jawatannya.

Namun, Mohammad mengakui kurang senang dengan penyusunan pemain oleh Steinebrunner.

"Kami tidak lagi mahu membincangkan mengenai pengendali yang terdahulu.

"Jurulatih memerlukan keupayaan untuk menilai pemain-pemain untuk beraksi dalam posisi yang bersesuaian. Pendekatan Steinebrunner jelas kurang menjadi bersama pasukan," kata Mohammad.

Advertisement

Must Watch Video