Walaupun meraih kemenangan tipis, 1-0 dalam perlawanan pertama Liga Super ke atas PKNS FC, ia sudah cukup untuk melegakan jurulatih Felda United, Azmi Mohamed.
"Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini. Kesungguhan pemain dapat disaksikan dalam perlawanan ini. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan perlawanan," katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam tadi.
Meskipun kedua-dua pasukan dibarisi ramai muka baru, Felda tampak lebih menyerlah dengan kerap melancarkan beberapa gerakan berbahaya ke atas PKNS.

"Kami hampir memperoleh satu mata daripada perlawanan ini tetapi kami tidak berjaya melakukannya. PKNS masih tidak membariskan kesebelasan utama dan berharap dapat memperbaiki keputusan dalam perlawanan akan datang," kata jurulatih PKNS, E. Elavarasan.
Felda berpeluang mendahului lebih awal apabila dihadiahkan sepakan penalti yang berpunca daripada kekasaran terhadap Norhshahrul Idlan Talaha.
Bagaimanapun, sepakan pemain import baru, Gaston Cellerino, ditepis penjaga gol PKNS, Muhammad Nor Haziq.
Felda akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-67 menerusi Norshahrul yang memanfaatkan peluang terhidang.
PKNS cuba untuk mencari gol penyamaan, namun penyudah yang lemah menggagalkan usaha tersebut dan perlawanan berkesudahan 1-0.