Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, mengingatkan anak buahnya supaya lebih berhati-hati apabila melayani kunjungan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, petang esok.
Menurutnya, Lang Merah ibarat harimau luka yang pasti turun dengan semangat untuk mencari mata selain mahu mengembalikan keyakinan peminatnya.
"Persediaan pasukan harus ditingkatkan. Kedah pasti datang untuk bangkit walaupun tanpa Liridon Krasniqi. Bagi saya, semua pemain Kedah mempunyai kebolehan yang tinggi," katanya.
Mengulas keputusan tewas di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan terdahulu, Abu Bakar bertekad menggunakan segala pengalaman berguna itu untuk PKNP memperkemaskan kelemahan berpasukan.
"Seperti juga Kedah, kami pun terkena tempias kekalahan. Oleh itu, perlu diingatkan pemain harus memperbaiki kelemahan, terutama kelekaan pada minit-minit akhir, yang boleh mengakibatkan jaringan.
"Kemasukan semula ketua pasukan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, dalam kem latihan juga menaikkan lagi semangat juang pemain.
"Saya harap pemain import begitu juga kerana setelah dua perlawanan, mereka tentunya lebih arif dengan bahang Liga Super," ujarnya.