EIBAR 2 ATLETICO MADRID 2
(Atletico mara dengan agregat 5-2)
Diego Simeone gembira dengan impak yang dicipta pemain-pemainnya selepas Atletico Madrid mencatat keputusan seri 2-2 dengan Eibar untuk mengesahkan kemenangan 5-2 secara agregat bagi kemaraan ke separuh akhir Copa del Rey.
Berbekalkan kemenangan 3-0 dalam pertemuan pertama hasil jaringan Antoine Griezmann, Angel Correa dan Kevin Gameiro, laluan Atletico tampak mudah selepas Jose Gimenez menanduk masuk sepakan penjuru Nicolas Gaitan dalam aksi di Estadio Municipal de Ipurua, awal pagi tadi.
Eibar mempamerkan kebangkitan menerusi gol Sergi Enrich dan Pedro Leon untuk mereka memimpin perlawanan 2-1, bagaimanapun lambungan Juanfran pada minit-minit akhir mengikat kedudukan perlawanan.
Simeone berpuas hati dengan tindakannya merehatkan beberapa pemain utama, termasuk Griezmann serta Diego Godin, dan dia gembira mereka dapat meneruskan kemaraan mereka ke separuh akhir.
"Kami membuat rombakan besar pemain," kata Simeone. "Persaingan merebut tempat adalah bagus, ia adalah peluang menarik untuk kami lolos ke separuh akhir, kami gembira dapat melakukannya.
"Kami sentiasa mahu berjuang dalam setiap pertandingan. Sejak mengendalikan Atletico lima tahun lalu, ini adalah kali kedua kami layak ke separuh akhir.
"Gol adalah perkara yang diambil kira, ia sememangnya rumit untuk sentiasa bersaing dengan yang terbaik."
Simeone berkata dominasi Atletico dalam pertemuan pertama menyukarkan pasukannya sendiri di Eibar dan mendakwa pasukannya sepatutnya menang selesa jika mereka lebih klinikal di depan gol.
"Perlawanan ini tidak semudah berbanding pertemuan pertama," tambahnya. "Perlawanan ini cukup tegang dan menarik.
"Dalam pertemuan pertama, kami lebih efektif di depan gol dan memiliki peluang menerusi Correa untuk mendahului 2-0. Kemudian mereka mula mendapat rentak dan bangkit.
"Persaingan dalam pasukan ini sangat bagus dan membantu kami untuk mara ke separuh akhir di mana ia bukan berlaku setiap hari.
"Keputusan ini cukup menggembirakan kami."