Skip to main content

Bola Sepak

Arteta jawab isu ketiadaan penyerang sejati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arteta.jpg
Mikel Arteta menegaskan Arsenal memang mendambakan penyerang baru tetapi mengakui kesukaran untuk mencari calon tepat bagi mengisi posisi itu menjelang jendela perpindahan seterusnya.

Harapan terakhir The Gunners untuk memenangi trofi pada 2024-25 berkubur minggu ini berikutan dikecewakan Paris Saint-Germain (PSG) dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan ini bermakna mereka akan menamatkan musim kelima berturut-turut tanpa sebarang trofi.

Berikutan kekalahan agregat 1-3 itu, Arsenal dihujani kritikan kerana tidak menandatangani penyerang sejati biarpun mempunyai peluang dalam jendela perpindahan Januari lalu.

"Adakah saya perlu menjelaskannya dengan lebih terperinci? Pada Januari, ia jelas atau tidak?" katanya.

"Saya fikir sudah banyak kali memberitahu anda kerana anda berada di dalam bilik sidang media itu dan ia adalah satu kenyataan yang sangat jelas. Kenyataannya tetap serupa. 

"Saya mahukan pasukan terbaik, pemain terbaik. Jika kami jumpa tiga penggempur yang boleh mencetak 25 gol maka kami akan bawa mereka masuk, dan kami akan menjadi pasukan yang lebih baik.




“Saya fikir jika kami menjaringkan lebih 90 gol, kebarangkalian kami untuk memenangi Liga Perdana Inggeris lebih tinggi.

"Ia bukan satu jaminan tetapi kami pasti akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi sekiranya rekod pertahanan kami sangat baik tatkala penyerang dan pemain sayap telah menyumbangkan gol dan mata."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video