Arsenal harus menyelesaikan kelemahan pertahanan mereka jika mahu mencabar kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana musim ini, demikian kata pengurusnya, Arsene Wenger.
The Gunners ketinggalan lapan mata daripada tempat kelayakan Liga Juara-Juara selepas meraih satu kemenangan dalam lima perlawanan terakhir mereka.
Kekalahan 3-1 kepada skuad yang sedang berhempas-pulas, Swansea City, Rabu lalu menyerlahkan lagi masalah pertahanan Arsenal -- kesilapan daripada Nacho Monreal dan Petr Cech menghadiahkan kemenangan buat The Swans.
Wenger melabelkan persembahan skuadnya sebagai "sangat buruk" dengan "tiada penjelasan rasional" untuk gol yang mereka lepaskan di Stadium Liberty.
Arsenal cuba membawa masuk Jonny Evans pada hari akhir jendela perpindahan untuk menambah pilihan dalam pertahanan tetapi tawaran itu gagal, yang membuatkan Wenger mencabar pasukannya agar memperbaiki kelemahan.
"Kami tewas perlawanan yang kami tidak sepatutnya tewas," kata Wenger dalam sidang media menjelang aksi menentang Everton di laman sendiri, awal pagi nanti.
"Januari menjadi bulan yang sangat sukar bagi kami. Ia mengecewakan di padang, kami tidak boleh kalah lagi. Ia adalah penting untuk kami bertindak balas dengan cepat.
"Saya percaya kami perlu mencari penyelesaian dalaman terhadap masalah pertahanan, ia adalah usaha yang perlu diberikan semua pihak.
"Ia bukannya kurang usaha tetapi kurang tumpuan pada saat-saat penting perlawanan, kadangkala kami melakukannya dengan baik, kadang-kadang tidak.
"Di Swansea, kami memiliki 75 peratus penguasaan tetapi kami terlupa untuk bertahan ketika kehilangan bola.
"Ia masalah pasukan dan ia tanggungjawab individu bagi peranan pertahanan," katanya lagi.