Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Arsenal bariskan pemain terbaik -- Tuchel

tuchel.jpg
Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, akur dengan kekalahan selepas menyaksikan kesebelasan utama Arsenal menang 5-1 dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di Singapura, semalam.

Unai Emery menewaskan bekas kelab kendaliannya itu  dengan penuh bergaya, menurunkan barisan terbaik dengan kehadiran pemain seperti Mesut Ozil sebagai kapten pasukan, Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Ozil membuka jaringan perlawanan -- sebagai tanda dia sudah kembali ke kancah saingan selepas mengharungi beberapa bulan yang sukar hingga mengambil keputusan untuk bersara daripada aksi antarabangsa, minggu lepas.

Alexandre Lacazette meledak dua gol sebelum Rob Holding dan Eddie Nketiah menyempurnakan kemenangan mereka.

Gianluigi Buffon, Lassana Diarra dan Adrien Rabiot merupakan antara pemain senior yang diturunkan oleh Tuchel tetapi beliau menyedari peluang mereka telah tertutup awal menyaksikan barisan pemain yang diturunkan.

"Saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini," kata Tuchel. "Saya melihat beberapa hantaran yang baik ketika berdepan Bayern Munich dan menyangka pasukan saya sudah bersedia.

"Lawan kami daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) membariskan pemain terbaik dan cepat menyesuaikan diri dengan saingan.

"Mereka adalah barisan yang berkualiti. Pemain-pemain telah menampilkan aksi terbaik dan saya tidak menyalahkan mereka.

"Tiada pasukan yang mahukan kekalahan tetapi saya menyedari nasib pasukan selepas melihat senarai pemain yang bakal beraksi."
 

Advertisement

Must Watch Video