Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal ambil kesempatan kegugupan Ostersunds

ozil_1.jpg
OSTERSUNDS 0 ARSENAL 3

Arsene Wenger berasakan Arsenal boleh memanfaatkan kegugupan awal yang dicetuskan Ostersunds dalam kemenangan 3-0 Liga Europa, awal pagi tadi. 


Kebiasaannya, skuad kendalian Graham Potter itu terkenal sebagai sebuah pasukan tersusun, namun kali ini mereka gemuruh di Jamtkraft Arena.

Gol pembukaan Nacho Monreal dan gol sendiri oleh Sotirios Papagiannopoulos memberikan Arsenal kelebihan gol 2-0 dalam tempoh 24 minit manakala ledakan Mesut Ozil sebelum permainan melewati sejam melancarkan lagi laluan mereka ke pusingan 16. 

"Kami bermula dengan baik dan menguasai permainan ketika berdepan sebuah pasukan yang baik," kata Wenger kepada BT Sport.

"Mereka menewaskan Hertha Berlin di sini, mereka seri 2-2 dengan Athletic Bilbao. Anda boleh lihat bahawa mereka pasukan berkualiti.

"Mungkin kami tidak cukup bagus pada babak kedua tetapi secara keseluruhan, ia dilakukan dalam permainan serius.

"Mereka kelihatan gugup pada permulaan permainan dan kami mengambil kesempatan daripada itu," katanya.

Ozil membuat penampilan pertamanya dalam Liga Europa musim ini berikutan Wenger memilih untuk mengukuhkan pertahanannya di peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, Arsenal dilihat mengambil langkah itu kerana tidak mahu bersusah-payah dalam aksi timbal balik minggu depan, dengan aksi itu dijadualkan tiga hari sebelum final Piala Liga Inggeris menentang Manchester City di Wembley.

"Kami akan lihat, mungkin, kami akan lihat," kata Wenger ketika ditanya tentang pemilihan pemain. "Adalah penting bagi kami untuk memenangi perlawanan di laman sendiri dan kami akan cuba menurunkan pasukan yang akan menang.

"Saya fikir pemain muda telah beraksi baik dan kerap di peringkat kumpulan, sebab itulah saya mengekalkan mereka dalam skuad dan menurunkan mereka apabila berpeluang," ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video