ARGENTINA 1 BRAZIL 0
Jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli, berkata Lionel Messi akan kekal sebagai pemain teragung di dunia sehingga bersara biarpun sentuhannya tenggelam dalam pertemuan dengan Brazil dalam aksi persahabatan antarabangsa, semalam.
Jaringan tunggal Gabriel Mercado menghadiahkan kemenangan 1-0 buat Argentina selepas berhempas- pulas untuk mengatasi seteru ketat itu di Melbourne, yang menyaksikan Brazil terlepas sembilan peluang terbuka untuk menyamakan kedudukan sebaik permainan bersambung.
Messi gagal memacu pasukannya, namun Sampaoli tidak berminat untuk mengkritik ketua pasukannya itu.
"Apabila menyentuh mengenai Messi, dia akan terus menjadi pemain terbaik dunia sehingga dia bersara," kata Sampaoli dalam sidang media pertamanya selaku jurulatih kebangsaan negara kelahirannya itu.
"Itulah tanggapan saya mengenai Leo.
"Secara keseluruhannya, saya menghargai kegigihan dan sikap pemain-pemain. Kami tidak punya banyak masa untuk membuat persiapan.
"Pada separuh pertama, kami mencipta banyak peluang ke atas Brazil dan sering menguasai kawasan mereka. Kami agak bergelut selepas permainan bersambung. Brazil memiliki lebih banyak peluang untuk mengikat kedudukan selepas itu.
"Mengalahkan Brazil sentiasa menjadi motivasi, ini adalah pertembungan klasik. Kami bukan hanya turun bermain tetapi mahukan kemenangan juga. Pemain-pemain berusaha keras ketika menyarung jersi ini."