Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, mendedahkan bahawa Alphonse Areola kini berada di landasan terbaik untuk menjadi penjaga gol nombor satu pasukan mengatasi Gianluigi Buffon.
Legenda Itali, Buffon, meninggalkan gergasi Serie A, Juventus, secara percuma pada penghujung musim lalu dan penjaga gol berusia 40 tahun itu membarisi kesebelasan utama dalam tiga aksi awal Ligue 1.
Bagaimanapun, Buffon tampak menyerahkan tugas menjaga gawang pasukan kepada Areola tatkala Tuchel gembira untuk menggunakan khidmat pemain berusia 25 tahun itu.
"Ya, saya telah memilih. Keputusan itu masih belum muktamad tetapi saya memberitahu Areola bahawa bagi saya, dia di landasan terbaik untuk muncul penjaga gol nombor satu," kata Tuchel.
"Dia datang dari akademi. PSG adalah segalanya buat dia dan Areola mahu membuktikan kemampuannya bersama PSG. Situasi ini harus dihormati. Kami sepatutnya berbangga kerana memiliki pemain sepertinya dan kami memerlukan pemain seperti Areola dalam jiwa PSG.
"Dalam situasi Buffon, ia berbeza. Dia merupakan legenda dan idola buat Areola. Kedua-dua pemain memiliki perwatakan yang hebat. Kami harus mendapatkan percaturan terbaik. Buffon dan Areola sedar tentangnya. Saya pasti Areola masih belum sehebat Buffon tetapi terima kasih kepada Buffon.
"Buffon bukan sekadar seorang pemain yang berada di bangku simpanan. Pada waktu harian, dia seorang individu yang memberi kesan besar kepada pasukan. Sebagai contoh, dia beraksi cemerlang ketika menentang Guingamp, menyelamatkan kami dalam babak kedua dan dia berada di bangku simpanan kerana Areola memerlukan waktu beraksi.
"Dia sentiasa berhubung dengan pemain-pemain lain dan cuba membantu saya. Anda akan lihat mengapa dia sentiasa berada di puncak karier."
PSG yang merupakan juara bertahan Ligue 1 akan menyambung aksi liga berdepan Saint-Etienne pada Jumaat ini.