Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, menyifatkan kekalahan mengejut 4-2 skuadnya di tangan Kelantan dalam aksi Liga Super malam tadi, sebagai kegagalan pasukan.
Durakovic, bagaimanapun, tetap mempertahankan anak buahnya dengan enggan menyalahkan mana-mana pemain.
"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain atau posisi sebab kami bermain sebagai satu pasukan," katanya. "Jika peluang tidak disia-siakan dalam separuh masa pertama, pasti Perak boleh menang."
Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Shahrom Abdul Kalam, lebih berterus-terang dengan berkata pasukan hilang fokus, terutama dalam separuh masa kedua.
"Pertahanan ada buat kesilapan. Tidak dinafikan satu pasukan kecewa. Kami perlu bangkit selepas ini," katanya.
Sejak Mehmet mengambil alih tugas daripada Karl-Heinz Weigang, Perak sekadar seri 2-2 dengan Felda dalam perlawanan pertamanya walaupun sebelum itu mendahului 2-0. Dua jaringan pantas Felda menafikan kemenangan Bos Gaurus.
Malam tadi, Kelantan yang sebelum ini tewas tiga perlawanan berturut-turut, bukan saja kembali bernyawa, malah mampu membolosi empat gol di Ipoh.