Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diiktiraf antara tiga terbaik dalam pembangunan akar umbi dalam Anugerah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ke-29 di Pusat Kebudayaan King Fahad, Riyadh malam tadi.
Meskipun dilanda badai kontroversi kebelakangan ini, FAM menjadi sosok perhatian untuk pembangunan pemain-pemain muda.
Begitupun, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, terlepas gelaran Pemain Terbaik Asia setelah bintang kelab Al-Hilal, Salem Al-Dawsari, diangkat sebagai pemain terbaik buat kali kedua selepas 2022, manakala pemain Jepun, Hana Takahashi, dinobatkan selaku Pemain Wanita Terbaik Asia.
Salem, 34, muncul penjaring terbanyak liga Arab Saudi sepanjang zaman dan mencetak 15 gol musim ini.
"Saya teruja menjadi pemain Malaysia pertama yang berada di sendiri dan sebaris dengan nama besar bola sepak Asia.
"Ini hanya permulaan buat saya. Saya mahu belajar segalanya dalam bola sepak, membawa kelab dan negara sejauh yang mungkin," kata Arif Aiman.