Skip to main content

Bola Sepak

Ansaldi dibuang padang, Pioli persoal tindakan pengadil

pioli-questions-ansaldi-dismissal.jpg

Pengendali Inter, Stefano Pioli, mengakui dia layak dibuang padang dalam kemenangan 1-0 ke atas Palermo, namun mempersoalkan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada Christian Ansaldi.

Dalam perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan lebat di Stadio Renzo Barbera, Inter berada di depan menerusi jaringan Joao Mario yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain tatkala Ansaldi dibuang padang kerana kekasaran ke atas Ilija Nestorovski.

Pemain Palermo, Alessandro Gazzi, turut mengalami nasib sama selepas mengutip kad kuning kedua di hujung perlawanan, dan Pioli mempersoalkan tindakan pengadil, Massimiliano Irrati, ketika sesi sidang media.

"Ada dua pemain yang sedang terbaring ketika itu dan pengadil keempat berkata tiada apa yang berlaku. Ketika saya melihat Ansaldi dilayangkan kad merah, saya pergi berjumpanya kerana mahukan penjelasan. Saya bersalah dan layak disingkirkan dari tepi padang," Piolo bercakap kepada Premium Sport.

"Padang sangat licin dan berlaku banyak perlanggaran. Seorang pengadil bertaraf antarabangsa perlu faham pemain mudah tergelincir dalam situasi ini.

"Saya bersalah kerana meninggalkan kawasan teknikal tetapi saya ingatkan pengadil telah memberhentikan perlawanan."

Advertisement

Must Watch Video