Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, menyindir Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang dilabelnya kabur dengan tugasan sendiri walaupun pertemuan di antara mereka berlangsung positif, semalam.
Di sebalik menyambut baik perkembangan positif selepas pertemuan membabitkan wakil KAFA dan FMLLP, namun ia tidak menghalang Annuar meluahkan perasaan terkilannya dengan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu.
Tiada toleransi dari FMLLP menjadikan masalah dihadapi KAFA bertambah rumit dan FMLLP sendiri tiada jalan terbaik untuk membantu KAFA yang juga merupakan sebahagian daripada ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Terlalu banyak salah faham kerana tiada disiplin di antara kedua-dua belah pihak, terutama FMLLP.
"Mereka banyak membuat kenyataan kemudian tidak mengaku, kadang-kadang mereka salahkan media.
"Sampai bila mahu terus saling menuding jari?" ujarnya.
Yang nyata, KAFA perlu menjelaskan hutang membabitkan isu pembayaran gaji pemain dan jurulatih yang bernilai RM2 juta sebelum 12 Jun depan atau tindakan seterusnya diputuskan pihak FMLLP.
"Buat masa ini, KAFA dalam keadaan tidak boleh bayar (hutang-hutang itu).
"Macam yang pernah saya katakan, kerat leher pun kami tak boleh bayar. Itulah realitinya, kami tiada pilihan.
"Sama ada mereka bunuh sahaja (KAFA) atau biar kami kekal untuk hidup kerana hutang tetap wajib dibayar."