Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, terus lantang mempertikaikan tindakan memotong enam mata oleh Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) ke atas skuad The Red Warriors (TRW) sambil mendakwa tindakan serupa patut diambil ke atas pasukan Selangor dan Melaka United.
Annuar, dalam status terbaharu laman sosial Facebook miliknya, mahukan konsep keadilan untuk semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) tanpa ada sebarang unsur pilih kasih.
“Kalau nak bertindak adil…Selangor ada hutang dengan beberapa pemain. Kenapa tak potong mata? Melaka United tak selesai hutang kepada pemain kenapa tak potong mata?,” soalnya.
Annuar, yang juga penaja utama The Red Warriors (TRW) musim ini, menuntut keadilan hukuman yang dikenakan kepada Kelantan dan tiga pasukan lain dalam Liga M sebagaimana yang diumumkan oleh FMLLP.
“Adakah kerana tiada komen dalam Facebook atau Instagram sebelum ini? Sekarang saya buktikan beberapa negeri lain ada hutang. Apa anda mahu buat? Anda akan ubah lagi peraturan untuk pasukan yang berbeza?,” soalnya lagi.
Isu pertikaian pemotongan mata ini semakin menarik dan memasuki frasa baharu apabila Annuar turut mendedahkan perasaan tidak puas hati bekas pemain Selangor yang kini beraksi untuk The Red Warriors (TRW), S. Subramaniam, yang mendakwa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) tidak membayar gaji bulan Novembernya tahun lepas.
Selain itu, luahan hati bekas pemain import Melaka United, Labinot Harbuzi, yang membangkitkan tentang gajinya yang tertunggak sebagai bahan sokongan bagi menunjukkan ketidakadilan yang berlaku.
Terdahulu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahkan pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan enam mata kerana masalah hutang kepada pemain boleh membuat rayuan kepada FMLLP.