Penaja utama The Red Warriors (TRW), hari ini tampil mengemukakan satu pelan penyelesaian kepada semua pemainnya yang menghadapi masalah tunggakan gaji dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam status facebook miliknya menyifatkan penyelesaian yang ditawarkan oleh penaja TRW mempunyai syarat yang perlu dipersetujui bersama dan tidak ada sebarang unsur paksaan.
“Kita sedang berusaha membantu KAFA lunaskan tunggakan 2015/2016. Kebanyakannya bukan tunggakan gaji tetapi pampasan atau penyelesaian penamatan lebih awal kontrak bermain. KAFA ternyata belum mempunyai wang untuk menjelaskannya dan mereka yang terbabit perlu menunggu agak lama lagi.
“Sebagai satu cara membantu (tanpa prasangka), Kita (penaja) secara sukarela akan menawarkan satu pelan penyelesaian kepada semua pemain import dan tempatan yang KAFA terhutang…iaitu mana-mana pemain atau pegawai yang sanggup menyelesaikan tuntutan dengan memberi KAFA diskaun 50 peratus, kita akan bayar bagi pihak KAFA baki hutang mereka secara tunai dalam tempoh 30 hari mereka memberi persetujuan hitam putih. Untuk itu, kita akan melantik sebuah firma guaman sebagai ‘stakeholder’ yang akan menulis surat dan menghantar tawaran ini kepada semua yang terbabit,” katanya.
Annuar yang juga penaja utama TRW musim ini menjelaskan jika pemain menerima tawaran tersebut, pihaknya (bagi pihak KAFA) akan menjelaskan hutang tersebut dengan bayaran tunai serta merta.
“Sekiranya mereka sukarela bersetuju menerima tawaran kami (iaitu bersetuju memberi diskaun 50 peratus), kami akan jelaskan bagi pihak KAFA hutang tersebut (selepas diskaun) secara tunai serta merta.
“Tawaran ini dibuat secara sukarela oleh sekumpulan penaja demi membantu mempercepatkan penyelesaian hutang,” katanya.
Annuar yang dianggap sebagai Bapa Bola Sepak Kelantan menjelaskan tawaran tersebut dibuat untuk membantu kedua-dua belah pihak (KAFA dan pemain) tanpa ada sebarang paksaan dan prejudis.
“Bagi yang tidak bersetuju, tiada paksaan pada mereka dan mereka perlu menunggu seperti biasa sehingga KAFA ada keupayaan membayarnya...kerana ini adalah hak mereka. Mereka boleh pilih yang mana satu. Kami cuba membantu kedua-dua pihak tanpa prejudis,” katanya.
Sementara itu, dalam status yang sama, Annuar mengesahkan pemain TRW akan menerima bayaran gaji bulan Mei dan Jun serentak, yang akan dibayar pada 20 Jun depan sebagai sebahagian daripada usaha KAFA untuk memastikan pemainnya dapat menyambut Aidilfitri dengan gembira.