Khidmat dua pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara yang baru sahaja selesai dengan tugasan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23, Ahad lalu, mungkin dipertaruhkan oleh ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, bagi aksi Liga Super berdepan Kelantan, malam esok.
Antara lima pemain berkenaan, hanya Ariff Farhan Isa dan Amirul Hisyam Awang Kechik dilihat mampu diturunkan manakala Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, Syafiq Ahmad dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid masih dibelenggu kecederaan.
Walaupun baru kembali dari Bangkok, tiada istilah penat buat kedua-dua pemain berkenaan.
"Saya dah berbincang dengan pemain-pemain (B-22 negara), mereka masih boleh memberi sumbangan dan membantu pasukan pada malam esok.
"Kemungkinan kalau dalam keadaan terdesak, kami masih mempunyai pemain lain untuk diturunkan," ujar Nidzam.
Selepas tewas kepada Kelantan dalam aksi Kumpulan C, Piala Malaysia, sebelum ini, Nidzam menuntut kerja keras anak buahnya tanpa memberi ruang kepada anak buah Zahasmi Ismail untuk mencapai kemenangan.
"Sekembali dari Kota Bharu, pemain sudah mendapatkan rehat yang cukup lalu menunjukkan peningkatan prestasi apabila menewaskan Pulau Pinang," katanya lagi merujuk kepada kemenangan 2-0 dalam Liga Super, Sabtu lalu.