Skip to main content

Bola Sepak

Angel Di Maria nafi bakal ke China

di-maria-committed-to-psg-amid-reported-csl-interest.jpg

Angel Di Maria kekal komited dengan Paris Saint-Germain di sebalik namanya dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China.

Pemain antarabangsa Argentina itu telah menikmati musim yang baik di Parc des Princes musim lalu namun, masih bergelut dalam mengulanginya musim ini dalam Ligue 1 musim ini.

Di Maria adalah nama terbaru yang dikaitkan dengan penghijrahan ke China, dengan nama-nama besar lain seperti Axel Witsel, Carlos Tevez dan Oscar telah pun berhijrah ke Negara Tembok Besar itu.

Bagaimanapun, Di Maria bertekad mahu memenuhi sasarannya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah bersama PSG.

"Saya sangat gembira berada di sini dan kontrak saya masih berbaki dua tahun lagi," pemain berusia 28 tahun itu memberitahu ESPN.

"Keluarga saya gembira di sini. Saya sedar wujud khabar angin mengenai saya tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya gembira di Perancis dan akan kekal sehingga kontrak saya berakhir.

"Setiap pemain ada fikiran mereka sendiri. Ada yang mahu beraksi di China, apatah lagi ditawarkan sejumlah wang yang besar.

"Bagaimanapun, bukan saya. Saya gembira di PSG. Saya mahu menjuarai UCL bersama mereka."

Advertisement

Must Watch Video