Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti terkejut dengan kekalahan Bayern

23717carlo-ancelotti_1.jpg
BAYERN 0 AC MILAN 4

Pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti, mengakui terkejut di atas kekalahan 4-0 kepada AC Milan dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).


Juara Bundesliga itu ditewaskan oleh skuad kendalian Vincenzo Montella hasil jaringan daripada Franck Kessie, Hakan Calhanoglu dan dua jaringan Patrick Cutrone.

Bayern turut mengalami kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Arsenal apabila Alex Iwobi menyamakan kedudukan di penghujung perlawanan dan hanya tinggal dua aksi pra-musim berdepan Chelsea dan Liverpool sebelum bertemu Borussia Dortmund dalam saingan DFL-Supercup pada 5 Ogos.
Ancelotti menyedari mereka perlu segara bangkit dan bersedia untuk menghadapi saingan musim 2017-18.

"Saya amat terkejut dengan keputusan tersebut," katanya. 

"Saya sangat kecewa, kami gagal mengimbangi perlawanan dan gagal bermain dengan baik. 

"Bagaimanapun, masih terdapat masa untuk membuat persiapan. Di Shanghai (berdepan Arsenal), kami bermain dengan baik selama 50 minit.

"Ia merupakan keputusan yang tidak diingini. Tetapi perkara yang paling penting adalah kondisi pemain dan tiada kecederaan yang dihadapi dan bersiap sedia untuk menghadapi Supercup."

Advertisement

Must Watch Video