Carlo Ancoletti berkata dia mungkin akan terjun dari jambatan jika dia merupakan pengurus Paris Saint-Germain (PSG) selepas pasukan itu tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah semalam.
PSG mensia-siakan kelebihan dua gol daripada perlawanan pertama untuk disingkirkan Manchester United menerusi peraturan gol di laman lawan dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Paris itu.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu menewaskan United 2-0 di Old Trafford, namun tewas 1-3 di Parc Des Princes dengan Marcus Rashford menjaringkan gol penalti kontroversi pada minit ke-94.
Ditanya mengenai penyingkiran PSG, ketua jurulatih Napoli, Ancelotti, -- yang pernah membantu PSG menjulang kejuaraan Ligue 1 musim 2012-2013 -- terkejut dengan situasi itu.
"Ia amat menakjubkan, amat-amat menakjubkan," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Jika saya di bangku PSG, saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan.
"Mungkin saya akan pergi ke jambatan terdekat dan terjun dari jambatan itu," katanya.
Ancelotti berkata demikian selepas Napoli menewaskan Red Bull Salzburg 3-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Europa di Stadium San Paolo, awal pagi tadi.
Jaringan daripada Arkadiusz Milik dan Fabian Ruiz serta gol sendiri Jerome Onguen meletakkan Napoli selesa dengan kelebihan tiga gol walaupun mereka akan kehilangan khidmat dua pertahanan tengah, Kalidou Koulibaly dan Nikola Maksimovic, ekoran penggantungan menjelang perlawanan kedua di Arena Red Bull minggu depan.
"Saya tidak gusar dengan ketiadaan mereka memandangkan kami masih ada pertahanan tengah lain yang boleh dipertaruhkan.
"Apa yang menggusarkan saya adalah ketidakseimbangan pasukan dalam peringkat akhir.
"Ia keputusan yang baik, kami masih ada 90 minit lagi dan kami tidak boleh melakukan sebarang pengiraan buat masa ini.
"Kami melakukan beberapa perkara dengan baik dan beberapa lagi tidak.
"Kami perlu memperbaiki kedua-dua aspek itu.
"Kami membenarkan mereka untuk melakukan beberapa serangan balas ketika kedudukan 3-0.
"Kami sepatutnya dapat mengelakkan perkara itu.
"Kami boleh menjadi kebal jika kami bertahan dengan baik, namun kami menjadi terlalu bersemangat untuk menyerang.
"Salzburg membuktikan mereka mempunyai rentak dan stamina yang tinggi, jadi kami perlu bersedia.
"Kami perlu menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam perlawanan kedua nanti," katanya.