Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti sasar kendalikan kelab bola sepak

020118ancelotti.jpg
Carlo Ancelotti menjelaskan bahawa tumpuan beliau adalah mencari kelab baru dan bukan untuk mengambil alih skuad kebangsaan Itali.

Ancelotti yang dipecat oleh Bayern Munich pada September lalu selepas tewas 3-0 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Paris Saint-Germain (PSG), dilihat sebagai antara pilihan untuk menggantikan Gian Piero Ventura sebagai pengendali The Azzurri.

Masa Ventura bersama Itali berakhir awal selepas Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958.

Apabila ditanya kepada Ancelotti mengenai tugas bersama skuad Itali, Ancelotti berkata, "Ini jawapan saya, Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) dengan bantuan Majlis Olimpik Itali (CONI) perlu melakukan perubahan.

"Selepas itu, mereka akan membuat keputusan. Saya akan kekal dengan idea ini. Sasaran saya buat masa ini adalah mengenali kelab bola sepak."
 

Advertisement

Must Watch Video