Skip to main content

Bola Sepak

Ancelotti bidas wakil Lewy

lewandowski-020717.jpg
Carlo Ancelotti berang dengan kenyataan wakil kepada Robert 'Lewy' Lewandowski, Maik Barthel, yang mengatakan bahawa penyerang itu tidak gembira di Bayern Munich.

Selepas terlepas anugerah penjaring terbanyak kepada pemain Borussi Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang, Lewandowski dikatakan 'kecewa' dengan aksi rakan sepasukan yang tidak membantunya dalam menghasilkan banyak jaringan.

Bagaimanapun, selaku ketua jurulatih di Bayern, Ancelotti menafikan dakwaan itu sambil menyifatkan ejen pemain itu terlalu banyak cakap kosong.

“Lewy tidak pernah merungut kepada saya, malah saya mengucapkan tahniah di atas persembahan hebatnya sepanjang musim,” kata Ancelotti.

“Seperti biasa akan wujud ejen pemain yang terlalu banyak bercakap.

“Saya tidak faham mengapa ia berlaku dan ini bukan kali pertama ejen menggunakan akhbar untuk memperkatakan sesuatu yang salah,” tambahnya.

Dalam masa sama, Ancelotti juga menyifatkan kehadiran pemain midfield baru dari Olympique Lyon, Corentin Tolisso, mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xabi Alonso.

“Tolisso adalah pemain tengah yang bagus dan dia mampu menambah kekuatan kami,” ujar pengendali berusia 58 itu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video