Exco Pembangunan Generasi Muda Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor, Amirudin Shari, yang juga bekas pengurus Selangor, menyuarakan kesediaan kerajaan negeri melunaskan bayaran tebus kontrak bekas jurulatih Selangor, Zainal Abidin Hassan.
Namun, Amirudin menegaskan bayaran gaji tertunggak sebulan pemain-pemain tetap perlu dilangsaikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
"Ini sama dengan isu tentang pemain. Bagi saya, kami tetap konsisten bahawa mereka mempunyai peruntukan yang mencukupi setelah menjual pemain untuk melangsaikan gaji tertunggak.
"Namun, bab Zainal itu disebabkan beliau masih mempunyai kontrak setahun lagi.
"Saya boleh minta (pampasan kontrak) di atas ihsan Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Azmin Ali). Tapi bagi saya sekarang, mereka perlu selesaikan dengan pihak FAS," katanya.
Amirudin yang hadir ketika majlis pelancaran jersi baru PKNS, semalam, tidak menolak sokongan kerajaan negeri selepas ini lebih terarah kepada kelab itu berbanding skuad negeri Selangor.