Skip to main content

Bola Sepak

Amat kecewa -- Neymar

neymar.jpg
Neymar mengganggap penyingkiran Brazil daripada Piala Dunia dalam aksi suku akhir merupakan kenangan terburuk dalam kariernya.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu meninggalkan Russia selepas menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan apabila Brazil gagal menampilkan persembahan terbaik walaupun menjuarai Kumpulan E tanpa kalah dan kemudian menewaskan Mexico 2-0 dalam pusingan 16.

Tajuk utama selepas merakamkan kemenangan ke atas Mexico, yang tertumpu kepada lakonan Neymar, mencabar dirinya untuk menampilkan aksi sebenar tetapi tidak terdaya ketika Brazil tewas 2-1 kepada Belgium dalam aksi suku akhir.

"Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah ia saat paling sedih dalam karier saya," kata Neymar melalui laman Instagram.

"Kepedihan ini terlalu besar kerana kami menyedari mampu meraih kemenangan, kami mampu mencipta sejarah tetapi takdir tidak menyebelahi Brazil."

Neymar, yang mengalami kecederaan metatarsal sempat pulih untuk beraksi di Russia -- berbangga dengan rakan sepasukannya walaupun gagal ke mengulangi kejayaan 2014 apabila mara ke separuh akhir.

"Sukar untuk mencari kekuatan untuk terus bermain bola sepak lagi tetapi saya pasti Tuhan mampu menguatkan saya untuk berdepan apa sahaja rintangan.

"Saya sangat gembira kerana sebahagian daripada pasukan ini."
 

Advertisement

Must Watch Video