Skip to main content

Bola Sepak

Amaran De Bruyne: Man City baru bermula

kevin-de-bryune.jpg
Manchester City tidak akan berehat selepas memenangi perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL), kata Kevin De Bruyne, memandangkan skuad Pep Guardiola itu memburu lebih banyak trofi musim ini.

City mudah mengatasi Arsenal 3-0 di Wembley  awal pagi tadi untuk menjulang trofi pertama di bawah bimbingan Guardiola menerusi permainan yang dominan.

De Bruyne memainkan watak penting dalam kejayaan City untuk mendahului Liga Perdana sambil gol terhasil oleh muka-muka lama, Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Biarpun harapan untuk meraih empat kejuaraan lebur di tangan Wigan Athletic dalam Piala FA, namun pemain Belgium itu tetap dahagakan kejayaan. 

"Kami berhak menang," katanya kepada Sky Sports. "Saya fikir kami mempunyai perasaan yang baik sepanjang musim ini tetapi ia belum berakhir lagi, kami tahu apa yang perlu dilakukan dalam Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

"Kami perlu mengekalkan tumpuan yang sama.

"Saya fikir potensi di kelab ini sangat besar. Dengan skuad yang kami miliki, ia merupakan usaha yang luar biasa dan kami bermain bagaikan yang terbaik di dunia, ia sangat menarik berpeluang bermain di sini."

Pertahanan, Kyle Walker, yang membuat halangan terakhir terhadap percubaan Pierre-Emerick Aubameyang pada awal 10 minit permainan merupakan detik penting perlawanan. 

Pemain antarabangsa England itu gembira meraih kejuaraan pertamanya sejak tiba dari Tottenham, awal musim ini.

"Sudah lama saya nantikannya, saya gembira untuk mendapat kejuaraan pertama saya," katanya.

"Saya sangat gementar, saya gagal dalam dua perlawanan akhir di Wembley (bersama Spurs). Semua orang mahu menang, kami jelas perlu membunuh permainan, Sergio menjaringkan gol yang hebat."

Advertisement

Must Watch Video