Pemain yang baru menyertai Paris Saint-Germain (PSG), Dani Alves, menggesa Marco Verratti agar melupakan tawaran daripada Barcelona dan membantu pasukan Ligue 1 itu mencapai impian mereka.
Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, mengesahkan pada minggu lalu bahawa kedua-dua pihak berminat untuk meneruskan langkah perpindaha, meskipun PSG enggan mengadakan rundingan.
Ejen Verratti mendakwa pemain tengah itu terperangkap di Parc des Princes sehingga mendorong Verratti untuk memohon maaf dan menegaskan komitmennya terhadap pasukan ibu negara Perancis itu.
Alves, yang melengkapkan perpindahan secara percuma ke kelab itu, mahu tonggak Itali berkenaan terus kekal dan berjuang untuk merealisasikan impian mendakap trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Apabila ditanya mengenai Verratti, dia memberitahu dalam sidang akhbar: "Saya ke sini untuk beraksi di sampingnya. Oleh itu kalau dia pergi, apa saya nak buat?
"Ini pesanan saya kepadanya: Saya harap dia membantu kami mencapai impian kami. Lebih ramai pemain bagus di sini, lebih besar peluang kami untuk mencapainya."
Alves menolak tawaran untuk menyertai Pep Guardiola di Manchester City dan sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan Unai Emery.
Pemain berusia 34 tahun itu berkata dia memilih ke Paris kerana kotanya dan cita-cita yang ditonjolkan kelab.
"Bandar ini bukan sahaja menarik hati saya ke sini; ini sebuah kelab yang bercita-cita tinggi dan sangat menarik," katanya kepada laman sesawang PSG.
"Saya suka dengan cara PSG melakar sejarah bola sepak dan mahu mengekalkannya, membawa pemain hebat dan mempamerkan keinginan tinggi dalam padang. Ia mendorong saya untuk datang ke sini.
"Saya telah melalui banyak pengalaman berbeza dan berasakan pengalaman itu dapat digunakan untuk membawa sesuatu yang berbeza kepada PSG. Terdapat ramai pemain berbakat sini, baik dalam kalangan pemain muda yang mahu terus berkembang mahupun pemain senior.
"Terdapat keseimbangan di sini, saya pasti ia akan menjadi bekalan dan membolehkan kami mencapai objektif."