Kapten dan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata, dilaporkan diminta oleh pemain tengah, Nicolo Fagioli, membelikannya jam tangan Rolex dengan harga murah supaya dijual semula bagi membantunya membayar hutang perjudian semasa mereka menjadi rakan sepasukan di Juventus.
Fagioli, pemain tengah Itali yang sedang disiasat kerana penglibatannya dalam pertaruhan haram, meminta bantuan kewangan daripada rakan dan rakan sepasukan untuk melancarkan perniagaan jam tangan mewah dengan Morata.
Matlamatnya adalah untuk menjana wang cepat untuk menjelaskan hutang perjudiannya.
Dia berkata Morata membelikannya jam tangan Rolex pada harga yang jauh lebih murah supaya dia boleh menjualnya semula, dan kedua-duanya telah melakukan ini selama setahun, menurut pesan ringkas Fagioli, yang dikumpul oleh pihak berkuasa.
Morata, kapten Sepanyol yang memenangi Euro 2024, bukan sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh Pejabat Pendakwaraya Milan, menurut laporan beIN SPORTS.
Pada Oktober 2023, Fagioli telah digantung selama tujuh bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung pertaruhan haram yang melibatkan rakan sepasukannya dari Itali, Sandro Tonali dan Nicolo Zaniolo.
Pada masa itu, Fagioli melaporkan sendiri penglibatannya dan dirawat kerana ketagihan perjudian. Dia juga mendedahkan bahawa pemimpin rangkaian pertaruhan haram telah mengancamnya, menyebabkan dia meminjam wang daripada dua rakan sepasukan Juventus untuk membayar hutangnya.
Siasatan dan perbualan peribadi Fagioli mendedahkan keadaan hutang perjudiannya, yang berjumlah ASD3 juta.