Skip to main content

Bola Sepak

Alonso: Saya hampir sertai Barcelona sebelum ke Real Madrid

17417xabialonso.jpg
Bekas pemain tengah Real Madrid, Xabi Alonso, mendedahkan dia hampir menyertai Barcelona sebelum berpindah ke skuad ibu negara Sepanyol itu.

Ia mungkin menjadi banyak perbezaan buat Alonso -- yang bakal bersara pada akhir musim ini -- jika tidak kerana kemunculan rakan senegara dari Sepanyol, Sergio Busquets, di Barca.

Alonso, 35, meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool, untuk ke Madrid pada 2009, dan memenangi LaLiga, Liga Juara-Juara Eropah, Copa del Rey dan Supercopa de Espana sebelum dikaitkan dengan Pep Guardiola di Bayern Munich lima tahun kemudian.

"Ia tidak berlaku lama sebelum saya pergi ke Real Madrid," kata Alonso kepada El Pais.

"Liverpool memberitahu saya bahawa mereka mahu menjual saya, (pengurus pada masa itu, Rafael) Benitez juga, dan Pep menunjukkan minat terhadap situasi saya.

"Dia mahu mendapatkan saya kerana, seperti yang dia beritahu Rafa, saya adalah jenis pemain yang sesuai (bermain) dengan coraknya. Tetapi dia mempunyai keraguan kerana Busquets baru sahaja datang dan mempunyai bakat untuk menjadi pemain besar.

"Guardiola memilih dia (Busquets), dan dia tidak buktikan pemilihannya salah."

Alonso telah membuat 23 penampilan dalam Bundesliga musim ini bersama juara bertahan, Bayern, yang berkelebihan lapan mata di tempat teratas.

Dia juga telah beraksi dalam enam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menjelang aksi suku akhir kedua menentang juara bertahan, Real Madrid, yang menang 2-1 di Munich.
 

Advertisement

Must Watch Video