Skip to main content

Berita Sukan Am

Kursus Asas Bahasa Isyarat tambah keyakinan, tingkatkan kemahiran peserta MSDeaf

ss

Kursus Asas Bahasa Isyarat antara Persatuan Sukan Orang Pekak (MSDeaf) dan Persatuan Fisioterapi Dan Kecergasan Hospital Putrajaya diadakan bertujuan memberikan pendedahan serta meningkatkan kemahiran peserta dalam memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebagai medium komunikasi, khususnya dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih inklusif kepada komuniti kurang upaya pendengaran.

Kursus yang berlangsung selama dua hari pada 22 hingga 23 Jun 2026 itu telah disertai seramai 81 orang peserta.

Program ini menampilkan penceramah iaitu Penolong Setiausaha Agung MSDeaf, Mohamad Nazrul Azwa Zulkipply, naib presiden MSDeaf, Mohd Yazid Bain.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan Dr. Nur Zulaikha Nordin melalui penganjuran kursus ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat serta menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra, inklusif dan mudah diakses semua lapisan masyarakat.

"Ini merupakan hari kedua, saya melihat ada doktor, fisioterapi yang turut serta dan semua kakitangan perubatan.

"Penganjuran ini kali kedua oleh Hospital Putrajaya, program ini memberikan kelebihan buat kami." kata Naib Presiden MSDeaf, Yazid Bain.
 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Related Topics

Must Watch Video