Skip to main content

Bola Sepak

Almeida gusar jentera serangan tidak menyengat

eduardo-almeida-melaka-020717.jpg
Jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, menggesa tonggak mudanya segera memanfaatkan peluang beraksi dengan memperkemaskan corak permainan masing-masing. 

Saranan itu dilontarkan selepas Lang Merah mencatat kemenangan 2-0  ke atas Melaka United dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam tadi. 

"Apa yang saya lihat dalam dua perlawanan (baru-baru ini), ada beberapa situasi di mana pemain-pemain muda perlu membuat keputusan dengan cepat dan tepat. 

"Ada kala mereka membuat kesilapan dalam keadaan tertekan," katanya selepas gol kemenangan Kedah disumbangkan oleh Sandro da Silva dan Baddrol Bakhtiar. 

Bagi jurulatih Melaka, Eduardo Almeida, faktor jentera serangan menjadi pemisah di antara kedua-dua pasukan.

"Kami tidak begitu teruk dari segi bertahan.

"Walaupun dibolosi dua gol, lawan kami begitu bagus.

"Kami cuba melancarkan serangan balas, namun kualiti hantaran tidak begitu bagus. 

"Kami masih memiliki peluang dan sedar apa yang perlu dilakukan," kata jurulatih dari Portugal itu. 

Advertisement

Must Watch Video