Massimiliano Allegri menegaskan bahawa Juventus masih boleh melepasi Tottenham dalam Liga Juara-Juara selepas mereka memberi respons 2-2 menentang Spurs dengan memenangi 'derby della Mole' 1-0 di Torino, semalam.
Penyandang Scudetto itu melepaskan kelebihan 2-0 dan mensia-siakan penalti berdepan skuad Mauricio Pochettino itu dalam pusingan 16 di tempat sendiri Rabu lalu, dan kelab Liga Perdana Inggeris itu mendapat kelebihan dua gol untuk aksi timbal balik di Wembley, bulan depan.
Kekecewaan keputusan itu tidak menghalang Juve meneruskan tekanan terhadap Napoli dalam Serie A, dengan gol Alex Sandro pada minit ke-33 memastikan tiga mata menentang jiran setempat, Torino.
"Kami lakukan terlalu banyak kesilapan teknikal selepas mengatasi Tottenham 2-0 dan mereka mempunyai peluang lebih banyak daripada kami tetapi kami akan pergi ke London dengan yakin kami boleh melakukannya," kata Allegri kepada Mediaset Premium selepas perlawanan 'derby' itu.
"Juve adalah pasukan kuat dengan pemain yang luar biasa, jadi saya gembira dapat melatih mereka. Kami mencabar ketiga-tiga piala ini, hanya silap dalam empat perlawanan dan saya tidak anggap 2-2 dengan Tottenham menjadi kegagalan.
"Saya bangga dengan skuad dan hari ini kita menyaksikan reaksi yang baik apabila menikmati perlawanan walaupun pada saat-saat sukar," katanya.
Paulo Dybala, yang pulih daripada kecederaan hamstring, masuk dari bangku simpanan pada babak kedua ketika menentang Torino bagi menggantikan Douglas Costa pada minit ke-66, tidak membarisi pasukan sejak kemenangan 1-0 di Cagliari pada 7 Januari lalu.
"Dybala melakukannya dengan baik selama 30 minit. Jelas sekali, dia kurang kecergasan perlawanan tapi ia akan muncul," kata Allegri.