Skip to main content

Bola Sepak

Allegri: Verratti akan kekal bersama PSG

verratti-160617.jpg
Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri, merasakan bahawa cubaan Barcelona untuk membawa pemain tengah Itali, Marco Verratti, keluar dari Paris Saint-Germain (PSG) akan berakhir dengan kegagalan.

Verratti, yang dikaitkan dengan perpindahan ke Juve sebelum ini, dikatakan telah memberitahu pengurusan PSG mengenai hasratnya mahu meninggalkan skuad kendalian Unai Emery itu.

Berita itu membuatkan Barca cuba melakukan bidaan bernilai EUR100 juta dan laporan di Sepanyol mengatakan wujud pertemuan di antara Pengarah Urusan Barcelona, Javier Bordas, dan pemain berusia 24 tahun itu bersama ejennya, Donato Di Campli, di Ibiza.

Bagaimanapun, Allegri yakin bekas pemain Pescara itu akan kekal bersama PSG.

“Dia seorang pemain yang bagus.

“Verratti adalah pemain PSG dan dia pasti akan kekal di Paris,” ujar Allegri.

Sementara itu, Allegri menyifatkan perpindahan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny, ke Juventus masih belum selesai.

“Ia masih di peringkat perbincangan.

“Apabila saya kembali, Juve akan mendapatkan pemain baru untuk meningkatkan kualiti pasukan,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video