Massimiliano Allegri menuntut anak-anak buahnya agar tidak berputus asa menjelang aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid, awal pagi esok.
Skuad Bianconeri itu tewas 3-0 dalam aksi pertama di Turin, memberikan skuad bimbingan Allegri tugas berat dalam aksi kedua di Santiago Bernabeu.
Bagaimanapun, pengurus dari Itali itu mahu anak-anak buahnya kekal dengan perancangan yang telah dilakukan, berbanding menyerang lawan dari awal aksi sehingga berkemungkinan tewas dengan jaringan besar sekali lagi.
"Kami tidak mahu beraksi untuk memadamkan kelebihan lawan dalam masa 20 minit. Ia perlu dilakukan perlahan-lahan.
"Aksi terakhir sebelum ini kami jadikan medan untuk mempersiapkan diri. Sudah tentu ia berbeza kerana anda bakal bermula dengan ketinggalan 0-3," kata Allegri.
"Ia bakal menjadi aksi yang sukar tetapi ia mampu menjadi pemangkin semangat buat seluruh musim, di mana kami boleh menjulang Serie A dan Piala Itali. Kami harus memulihkan tahap bertahan kami.
"Seluruh pasukan sudah bekerja keras dan gigih berlatih. Peluang sangat tipis dan kami mengharapkan tuah sepenuhnya."